10:13 AM -
No comments
10 SOALAN SEBELUM MELAMAR
Setiap
pasangan berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat
selama-lamanya. Ramai berjaya, namun tidak kurang pula kecewa. Tapi sebelum
itu, adakah kamu benar-benar bersedia walaupun semua lima kriteria di atas
sudah berjaya dengan cemerlang.
Percintaan
sebelum berkahwin seperti dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan
dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan
keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.
Alam
percintaan tidak mendedahkan hakikat diri sebenarnya. Masing-masing berusaha
menunjukkan yang terbaik saja di hadapan pasangannya. Tetapi selepas berkahwin
barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama
ini disembunyikan.
Untuk
mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, apa kata kamu ajukan 10
soalan ‘maut’ ini kepada pasangan bagi mengukur tahap persediaan masing-masing
sebelum berkahwin.
1.
Apakah wawasan hidupnya?
Setiap
orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah
perlu kamu ketahui mengenai bakal pasangan hidup kamu. Sekiranya kamu dan dia
mempunyai wawasan dan matlamat hidup sama maka perselisihan dalam rumah tangga
akan berkurangan.
2.
Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman
serta tasawur atau gambaran jelas mengenai perkahwinan amat penting. Sekiranya
kedua-dua pihak mempunyai kefahaman berbeza, umpamanya satu pihak menganggap
perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu
pihak lagi memandang sebagai satu ibadat, sudah semestinya rumah tangga yang
bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.
3.
Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah
penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa disukai dan
tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan
kegemaran dan cita rasa. Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih
awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.
4.
Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap
orang mempunyai pandangan berbeza mengenai masa sesuai untuk menimang cahaya
mata. Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah
tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa
tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.
5.
Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah
kesihatan kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar
disembunyikan. Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan
mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Menyembunyikan penyakit kronik atau
kecacatan mengaibkan boleh dianggap sebagai satu
penipuan.
6.
Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah
orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan
kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah lain pula suka menyendiri, tidak
pandai berkawan dan sukar didampingi. Orang macam mana kamu cari?
7.
Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwinan
bukan sekadar akad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan
adalah hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau
lebih. Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka
antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan
keperibadian seseorang.
8.
Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran
serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang
wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.
9.
Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau
pertubuhan kebajikan?
Keaktifan
dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan
seorang yang sombong dan mementingkan diri. Orang yang hidupnya sekadar untuk
memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam
dunia sempit dan mati sebagai insan kerdil. Tetapi orang yang hidup dalam
perjuangan akan hidup sebagai insan hebat dan apabila dia mati namanya akan
dikenang zaman-berzaman.
10.
Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau
urusan rumah tangga mereka?
Setengah
orang menganggap rumah tangga adalah masalah peribadi terlalu khusus. Tiada
seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri. Hal ini sangat
penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah
pandangan bakal pasangan hidupnya. Adakah dia termasuk dalam golongan di atas
atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya
walaupun sudah berkeluarga? Apabila kamu mendapat jawapan bersesuaian dengan
apa dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya.
Begitu
juga halnya dengan pihak yang dilamar. Pastikan kamu mengenali jejaka yang
melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan ‘maut’ ini.
Haa
apa macam Soalan nie..?? agak-agak ada yang cemas..?? Lemas..??
hehe..alaa
small matter jer..
janji
kita perlu ikhlas, jujur dan bertanggungjawab dalam perhubungan
Kalau
bercinta lama-lama kalau Allah SWT cakap bukan jodoh kita..
terpaksalah
kita redha dan bersabar dengan ujian ini.
Insyaalllah
ada yang terbaik untuk kita..
#ohmamasayamahukawen...
Setia Menaip