Sunday, July 6, 2014

10:47 PM - 1 comment

Tips Berbuka Puasa

post signature
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Hari ini merupakan hari kelapan kita berpuasa...
Syukur alhamdulillah dapat kita bersama- sama menikmati dan beribadah dibulan ramadhan yang mulia ini..
Pada hari rabu yang lepas 2 Julai 2014 nana dan kawan-kawan sepejabat telah menghadiri majlis berbuka puasa atau #iftar..di Dewan Perdana Felda; Jalan Semarak..Kuala Lumpur..
Di sini nana nak kongsikan sikit tips bagi kawan-kawan yang menghadiri majlis berbuka puasa..atau pun berbuka puasa di rumah mahupun di kampung..hehe...

1.  Pastikan kita datang awal ke tempat yang ingin dituju..haa u alls pun kena pastikan yang kenderaan yang kita naiki selamat..jangan lupa 
Cek tayar korang manalah taw xder angin ke..cam kita orang hari tu..kereta kak azlina pancit betul2 tiba di tempat kami ingin berbuka...mjurlaa suami kak ayu penyelamat datang membantu..Nak harap aku...?? Haramlaa pam tayar basikal aku taw la huhu...

2. Bila dah sampai..kita pergi kaunter pertanyaan sama ada kita punya meja telah ditetapkan atau belum..jika sudah ditetapkan kita ikut jerla..jika belum..pastikan kita memilih meja yang tengah-tengah..tidak terlalu rapat dengan meja buffet tu..Nanti jap2 korang pg ambik makanan sebab kalau dekat dgn meja buffet tuh laju je p capai maknan nti huhu...

3. Bila korang tengok ramai dah orang datang cepat2 laa beratur pergi ambik makanan..bahagi2kan orang yg ambik makanan tu..contoh..#seorang pergi ambil kambing # seorang pergi ambil ikan bakar...so kat situ dah jimat masa kan..hehehe..

4. Pilihlah makanan yang paling mahal harganya..contoh #kambing #itik #ikan #seafood..ataupun makanan yang korang tak pernah makan semasa berbuka..#somtam..#spagethi..#nasiberani..

5. Akhir sekali..baca doa makan dan janganlah pelahap sangat he he cam kta org Nie..huhu


Yaa ampun...makan ke melantak Nie...yang pasti semua makanan Nie 
Abis kita org kerjakan..hehe


Sesudah kekenyangan berselfie pula...


Inilah tempat berbuka puasa kami..untuk pengetahuan bloggers kami beli kupon nie di
Groupon.com.my sila lah tengok2 mana taw ada baucer berbuka puasa yang u alls berkenan..tapi serius murah giler dari harga sebenar..
Harga= Rm85.00
Harga Groupon = Rm42.00
Murahkan...jommm beli...aku memang suka bershopping di groupon nie..murah..jimat masa..hehe 


Inilah kawan-kawan sepejabat saya.

Setia Menaip :
             

Friday, April 18, 2014

10:13 AM - No comments

10 SOALAN SEBELUM MELAMAR





Setiap pasangan berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai berjaya, namun tidak kurang pula kecewa. Tapi sebelum itu, adakah kamu benar-benar bersedia walaupun semua lima kriteria di atas sudah berjaya dengan cemerlang.
Percintaan sebelum berkahwin seperti dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.
Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik saja di hadapan pasangannya. Tetapi selepas berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.
Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, apa kata kamu ajukan 10 soalan ‘maut’ ini kepada pasangan bagi mengukur tahap persediaan masing-masing sebelum berkahwin.

1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah perlu kamu ketahui mengenai bakal pasangan hidup kamu. Sekiranya kamu dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup sama maka perselisihan dalam rumah tangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran jelas mengenai perkahwinan amat penting. Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadat, sudah semestinya rumah tangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan cita rasa. Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.


4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan berbeza mengenai masa sesuai untuk menimang cahaya mata. Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan. Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Menyembunyikan penyakit kronik atau kecacatan mengaibkan boleh dianggap sebagai satu 
penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi. Orang macam mana kamu cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwinan bukan sekadar akad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan adalah hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih. Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri. Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia sempit dan mati sebagai insan kerdil. Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumah tangga mereka?


Setengah orang menganggap rumah tangga adalah masalah peribadi terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri. Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya. Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun sudah berkeluarga? Apabila kamu mendapat jawapan bersesuaian dengan apa dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya.

Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar. Pastikan kamu mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan ‘maut’ ini.


Haa apa macam Soalan nie..?? agak-agak ada yang cemas..?? Lemas..??
hehe..alaa small matter jer..
janji kita perlu ikhlas, jujur dan bertanggungjawab dalam perhubungan
Kalau bercinta lama-lama kalau Allah SWT cakap bukan jodoh kita..
terpaksalah kita redha dan bersabar dengan ujian ini.
Insyaalllah ada yang terbaik untuk kita..

#ohmamasayamahukawen...




Setia Menaip


Tuesday, January 28, 2014

11:37 PM - No comments

Encik Mimpi..




Encik Mimpi..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1st time aku dengar lagu dia masa dalam drama "Playboy itu Suami Aku"
ermm x minat sangat lagu diaa bukan apaa sebab Hero dalam cter tu tak best cam kaku..
tapi aku tengok jugaa haha..
sebab cter tu jer yang adaa..
ingatkan yang nyanyi lagu tu HERO cter "PSA"
rupernyaa org lain..
tanya adik bongsu aku..

Aku: "dik sapa nyanyi lagu nie erk..?" Hero cter tu kee?
Adik: "eh tak laa tu encik mimpi"
Aku: "sapa pulaa dahh encik mimpi niee?" nak berahsia2 bagai lakk...aku lukuu kang...
tak der nama best kee hahaa...
then p laa google..
aah laa ciap pakai topeng niee..
pastu aku g search you tube Encik Mimpi..
dengar lagu-lagu cover diaa..
then tup2 terus jatuh ati ngan Encik Mimpi nie pas dengar lagu2 and tengok aksi2 dia dlm You tube..
...hahaha...teruk betoi...
sampai aku g search FB, Twitter and Blog diaa..
cumaa Instagram jee aku x kawan ngan diaa..sebab..?? 
BB mana ada instaa..adehhh...sedihh..huhuhu
Haaa Fanatik...fantaikk..fanatiknyaaa diriku....
Google2 aku jumpaa laa satu website nie pasal lukisan2 Encik Mimpi..
kreatif juge erkk Encik Mimpi nie..
boleh jadi kartunis..
kalau dia buat komik confrm aku laaa orang pertamaa nak p beli komik diaa..
 nak tengokk..??
syuhhhh rahsiaaa hehehe..
Jangan bagitau encik mimpi erkk aku cilok komik diaa hahaha...













apa macam...???
cantik kan tulisan diaaa...
lukisan..?? ermm boleh laaa dari aku nie yang tau lukis orang lidi jee kihkih..:P

Mesti peminat dia ngan aku sekali...
 tertanya2 siapakah gerangan Encik Mimpi niee..
sekali imbas cam Detective Conan, dua kali cam Goku, 
tiga kali imbas cam artis jepun lak..
yang asli..??
Encik Mimpi dan keluarganyaa yang tahu..huhu

“Kalau boleh saya tidak mahu dedahkan identiti sebenar saya kepada umum. Buat masa ini hanya keluarga terdekat sahaja yang tahu saya adalah seorang penyanyi menggunakan nama Encik Mimpi. Malah teman-teman di pejabat pun tidak tahu saya adalah penyanyi lagu Rindukanlah.
“Paling kelakar apabila kawan-kawan saya menyanyikan lagu tersebut, tanpa mengetahui penyanyi asalnya berada di sebelah mereka." - EM

Aku bukan apaa aku nak tahu sangat nama sebenar encik mimpi..
umur aku dah tahu..surat khabar bagi tahu 25 tahun..
tengok dari gaya diaa pun lebih kurang baye2 tu laa. 
around 25 to 27..hehe..
Dari blog dia aku dapat tahu dia nie asal orang perak..
dan pernah bersekolah di sekolah gay school aka
Methodist Boy School. 
uishhhh...coiii mulutt cakap diaa gay..hahaha
lerr sekolah lelaki laa hangpaa niee...
yang aku tahu juga melalui hasil carian aku di google dia 
sekarang bekerja di syarikat 
Masih bergelar seorang pekerja di sebuah syarikat 
teknologi maklumat, buat masa ini menurutnya dia tidak mempunyai masalah untuk 
membahagikan masa memandangkan waktu kerjanya fleksibel.

"Saya merupakan lulusan kejuruteraan seni bina luar negara berumur 25 tahun. Sekarang, saya bekerja sebagai Pakar Teknologi Maklumat (IT). Sebelum menjadi penyanyi, saya merupakan blogger dan suka mencipta lagu. Disebabkan itu, saya sering muat naik lagu-lagu saya di blog dan juga YouTube. Saya juga suka parodikan lagu."


Haaa Encik Mimpi kalau tak nak share 
ngan lain tapi dengan sayaa pun tak pee...hehee..
memang bermimpi di siang hari laa diaa nak share ngan aku...
famouss kot tuhh retisss kott huhu..
anyway..saya doakan encik mimpi shat2 selalu, 
dimurahkan rezeki dan ceria2 selalu..
semogaa Encik Mimpi akan menjadi terkenal
 jugaa seperti Dato' Siti Nurhaliza suatu hari nanti,
yang penting jasa ibu bapa jangan kita lupa..
Insyallah..Amin..
dan aku akan bermimpi jer laa nak jumpee Encik Mimpi..hehe..
Mimpi pun mimpi laaa...
zzzzz....Masuk tidoo duluuu...

Setia Menaip



Sumber Utusan Online