Sunday, July 6, 2014

10:47 PM - 1 comment

Tips Berbuka Puasa

post signature
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Hari ini merupakan hari kelapan kita berpuasa...
Syukur alhamdulillah dapat kita bersama- sama menikmati dan beribadah dibulan ramadhan yang mulia ini..
Pada hari rabu yang lepas 2 Julai 2014 nana dan kawan-kawan sepejabat telah menghadiri majlis berbuka puasa atau #iftar..di Dewan Perdana Felda; Jalan Semarak..Kuala Lumpur..
Di sini nana nak kongsikan sikit tips bagi kawan-kawan yang menghadiri majlis berbuka puasa..atau pun berbuka puasa di rumah mahupun di kampung..hehe...

1.  Pastikan kita datang awal ke tempat yang ingin dituju..haa u alls pun kena pastikan yang kenderaan yang kita naiki selamat..jangan lupa 
Cek tayar korang manalah taw xder angin ke..cam kita orang hari tu..kereta kak azlina pancit betul2 tiba di tempat kami ingin berbuka...mjurlaa suami kak ayu penyelamat datang membantu..Nak harap aku...?? Haramlaa pam tayar basikal aku taw la huhu...

2. Bila dah sampai..kita pergi kaunter pertanyaan sama ada kita punya meja telah ditetapkan atau belum..jika sudah ditetapkan kita ikut jerla..jika belum..pastikan kita memilih meja yang tengah-tengah..tidak terlalu rapat dengan meja buffet tu..Nanti jap2 korang pg ambik makanan sebab kalau dekat dgn meja buffet tuh laju je p capai maknan nti huhu...

3. Bila korang tengok ramai dah orang datang cepat2 laa beratur pergi ambik makanan..bahagi2kan orang yg ambik makanan tu..contoh..#seorang pergi ambil kambing # seorang pergi ambil ikan bakar...so kat situ dah jimat masa kan..hehehe..

4. Pilihlah makanan yang paling mahal harganya..contoh #kambing #itik #ikan #seafood..ataupun makanan yang korang tak pernah makan semasa berbuka..#somtam..#spagethi..#nasiberani..

5. Akhir sekali..baca doa makan dan janganlah pelahap sangat he he cam kta org Nie..huhu


Yaa ampun...makan ke melantak Nie...yang pasti semua makanan Nie 
Abis kita org kerjakan..hehe


Sesudah kekenyangan berselfie pula...


Inilah tempat berbuka puasa kami..untuk pengetahuan bloggers kami beli kupon nie di
Groupon.com.my sila lah tengok2 mana taw ada baucer berbuka puasa yang u alls berkenan..tapi serius murah giler dari harga sebenar..
Harga= Rm85.00
Harga Groupon = Rm42.00
Murahkan...jommm beli...aku memang suka bershopping di groupon nie..murah..jimat masa..hehe 


Inilah kawan-kawan sepejabat saya.

Setia Menaip :
             

Friday, April 18, 2014

10:13 AM - No comments

10 SOALAN SEBELUM MELAMAR





Setiap pasangan berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai berjaya, namun tidak kurang pula kecewa. Tapi sebelum itu, adakah kamu benar-benar bersedia walaupun semua lima kriteria di atas sudah berjaya dengan cemerlang.
Percintaan sebelum berkahwin seperti dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.
Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik saja di hadapan pasangannya. Tetapi selepas berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.
Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, apa kata kamu ajukan 10 soalan ‘maut’ ini kepada pasangan bagi mengukur tahap persediaan masing-masing sebelum berkahwin.

1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah perlu kamu ketahui mengenai bakal pasangan hidup kamu. Sekiranya kamu dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup sama maka perselisihan dalam rumah tangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran jelas mengenai perkahwinan amat penting. Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadat, sudah semestinya rumah tangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan cita rasa. Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.


4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan berbeza mengenai masa sesuai untuk menimang cahaya mata. Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan. Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Menyembunyikan penyakit kronik atau kecacatan mengaibkan boleh dianggap sebagai satu 
penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi. Orang macam mana kamu cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwinan bukan sekadar akad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan adalah hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih. Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri. Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia sempit dan mati sebagai insan kerdil. Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumah tangga mereka?


Setengah orang menganggap rumah tangga adalah masalah peribadi terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri. Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya. Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun sudah berkeluarga? Apabila kamu mendapat jawapan bersesuaian dengan apa dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya.

Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar. Pastikan kamu mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan ‘maut’ ini.


Haa apa macam Soalan nie..?? agak-agak ada yang cemas..?? Lemas..??
hehe..alaa small matter jer..
janji kita perlu ikhlas, jujur dan bertanggungjawab dalam perhubungan
Kalau bercinta lama-lama kalau Allah SWT cakap bukan jodoh kita..
terpaksalah kita redha dan bersabar dengan ujian ini.
Insyaalllah ada yang terbaik untuk kita..

#ohmamasayamahukawen...




Setia Menaip


Tuesday, January 28, 2014

11:37 PM - No comments

Encik Mimpi..




Encik Mimpi..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1st time aku dengar lagu dia masa dalam drama "Playboy itu Suami Aku"
ermm x minat sangat lagu diaa bukan apaa sebab Hero dalam cter tu tak best cam kaku..
tapi aku tengok jugaa haha..
sebab cter tu jer yang adaa..
ingatkan yang nyanyi lagu tu HERO cter "PSA"
rupernyaa org lain..
tanya adik bongsu aku..

Aku: "dik sapa nyanyi lagu nie erk..?" Hero cter tu kee?
Adik: "eh tak laa tu encik mimpi"
Aku: "sapa pulaa dahh encik mimpi niee?" nak berahsia2 bagai lakk...aku lukuu kang...
tak der nama best kee hahaa...
then p laa google..
aah laa ciap pakai topeng niee..
pastu aku g search you tube Encik Mimpi..
dengar lagu-lagu cover diaa..
then tup2 terus jatuh ati ngan Encik Mimpi nie pas dengar lagu2 and tengok aksi2 dia dlm You tube..
...hahaha...teruk betoi...
sampai aku g search FB, Twitter and Blog diaa..
cumaa Instagram jee aku x kawan ngan diaa..sebab..?? 
BB mana ada instaa..adehhh...sedihh..huhuhu
Haaa Fanatik...fantaikk..fanatiknyaaa diriku....
Google2 aku jumpaa laa satu website nie pasal lukisan2 Encik Mimpi..
kreatif juge erkk Encik Mimpi nie..
boleh jadi kartunis..
kalau dia buat komik confrm aku laaa orang pertamaa nak p beli komik diaa..
 nak tengokk..??
syuhhhh rahsiaaa hehehe..
Jangan bagitau encik mimpi erkk aku cilok komik diaa hahaha...













apa macam...???
cantik kan tulisan diaaa...
lukisan..?? ermm boleh laaa dari aku nie yang tau lukis orang lidi jee kihkih..:P

Mesti peminat dia ngan aku sekali...
 tertanya2 siapakah gerangan Encik Mimpi niee..
sekali imbas cam Detective Conan, dua kali cam Goku, 
tiga kali imbas cam artis jepun lak..
yang asli..??
Encik Mimpi dan keluarganyaa yang tahu..huhu

“Kalau boleh saya tidak mahu dedahkan identiti sebenar saya kepada umum. Buat masa ini hanya keluarga terdekat sahaja yang tahu saya adalah seorang penyanyi menggunakan nama Encik Mimpi. Malah teman-teman di pejabat pun tidak tahu saya adalah penyanyi lagu Rindukanlah.
“Paling kelakar apabila kawan-kawan saya menyanyikan lagu tersebut, tanpa mengetahui penyanyi asalnya berada di sebelah mereka." - EM

Aku bukan apaa aku nak tahu sangat nama sebenar encik mimpi..
umur aku dah tahu..surat khabar bagi tahu 25 tahun..
tengok dari gaya diaa pun lebih kurang baye2 tu laa. 
around 25 to 27..hehe..
Dari blog dia aku dapat tahu dia nie asal orang perak..
dan pernah bersekolah di sekolah gay school aka
Methodist Boy School. 
uishhhh...coiii mulutt cakap diaa gay..hahaha
lerr sekolah lelaki laa hangpaa niee...
yang aku tahu juga melalui hasil carian aku di google dia 
sekarang bekerja di syarikat 
Masih bergelar seorang pekerja di sebuah syarikat 
teknologi maklumat, buat masa ini menurutnya dia tidak mempunyai masalah untuk 
membahagikan masa memandangkan waktu kerjanya fleksibel.

"Saya merupakan lulusan kejuruteraan seni bina luar negara berumur 25 tahun. Sekarang, saya bekerja sebagai Pakar Teknologi Maklumat (IT). Sebelum menjadi penyanyi, saya merupakan blogger dan suka mencipta lagu. Disebabkan itu, saya sering muat naik lagu-lagu saya di blog dan juga YouTube. Saya juga suka parodikan lagu."


Haaa Encik Mimpi kalau tak nak share 
ngan lain tapi dengan sayaa pun tak pee...hehee..
memang bermimpi di siang hari laa diaa nak share ngan aku...
famouss kot tuhh retisss kott huhu..
anyway..saya doakan encik mimpi shat2 selalu, 
dimurahkan rezeki dan ceria2 selalu..
semogaa Encik Mimpi akan menjadi terkenal
 jugaa seperti Dato' Siti Nurhaliza suatu hari nanti,
yang penting jasa ibu bapa jangan kita lupa..
Insyallah..Amin..
dan aku akan bermimpi jer laa nak jumpee Encik Mimpi..hehe..
Mimpi pun mimpi laaa...
zzzzz....Masuk tidoo duluuu...

Setia Menaip



Sumber Utusan Online











8:00 PM - 4 comments

Persamaan Bola dan Shopping





Assalamualaikum dan Salam Sejahteraa...

Sambungan kepada post yang sebelum nie "Bola VS Shopping"
bolaa dan Shoping pun ada persamaan jugaa taw..jomm tengok dan baca senarai nie...hehe



1. Menjerit

#orang laki, or tak kisah laa sapa2 peminat bolaa mesti menjerit kalau tengok bola..even bola tu tak masuk gol..tapi kalau dah masuk gol mau pecah gegendang telinga waa kalau depa menjerit...
"GOL"...!!!!! pai keluar anak tekak..nak2 kalau lelaki2 di rumahku ini tengok bolaa...

#perempuan lak..kalau lalu kat shopping complex ada tulis benda nie
"Beg tangan Bonia 100% diskaun"
hahaha memang tak laa Bonia nak bagi 100% diskaun hehehe melawokkk lak aku neee...
conformm menjeritt jugaaa...!! aku nakkkkkkk beg tuuhhhh...!!!

2. Harga

* peminat bola nie kalau harga tiket beratus2 pun merekaa sanggup nak beli maklum laaa excitedd nak tengok perlawanan tu lagi2 kalau ada permain hok diaa berkenan or peminat tegar contoh cm perlawanan Malaysia dengan Barcelona hari tuh...gilaaaa rmai gilaaa orang kat stadium....confrm mhal ckit harga tiket bola dari biasakan...even mahal pun merekaa sanggup bertungkus lumus simpan duit and berebut2 nak p beli tiker bolaa tuh...

* Gegurlz laakk even mahal ke murah kee hargaa depa x kisah janji merekaa dah berkenan dengan barang tu memang merekaa nak laa...aku..? tengok jugaa kot hargaa dulu tapi kalau diskaun memang belii laaa rugii kalau tak beli..pape pun memang kena simpan duit kalau nak beli barang2 yang kita berkenan nie...pastu kenaa pikir nak ke tak nak...hehehe

3. Tempat

Tempat bola atau tempat nak shopping mesti tempat yang orang semua tahu nak pergi sana...hehe
contoh aku bagi Stadium Bukit Jalil semuaa taw kan stadium tu kat mana..SOGO..?? nie pun mesti korang taw jugaa kan..tempat-tempat nie mesti laa stratergik orang cakap..tempat lalu lalang masyarakat setempat dan tempat tumpuan ramai..jadi mudah laa untuk aku atau peminat bolaa nak pergi...hehe

4. Hari 

Nak tengok bola atau pergi shopping nie bukan hari2 leh kita pergi...Mesti ada masa dan waktu yang tertentu..contohnyaa kalau shopping of coz laa lepas hang paa semuaa gaji baru p shopping kan..klau takk memang tak syok laaa nak p beli barang2 dapur kee baju ke apaa...kalau nak tengok bolaa juga pun cam tu jugaaa maksdnyaa ada hari2 tertentu dijangkakan perlawanan bola bakal berlangsung..kalau tiap2 hari tu namanyaa permainan meng"katang"kan badan aka untuk keluar peluh jee main bola nie..huhuhu

5. Kad

Kad..?? hehe sapa2 pemain bolaa yang beraksi ganas dipadang akan dikenakan kad kuning atau kad merah.. kad merah tu dah kiraa dibuang padang daaaa u alsss...Kalau kad shopping complex lakk kitaa yang adaa kuasa ngan kad tu hehe...kad diskaun atau pun kad ahli..wakakaka....:P ehhh rugi tau kalau u allss tak menggunakan kad nie dengan seadanyaa...hehehe 

anda semuaa setuju..?? hahhaa entah apaa laa aku merepek nie...
belasah jer laa labu...logik ke tidookkk..???

Setia Menaip



6:31 PM - No comments

Bola VS Shopping



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selamat Petang semuaaa....
amboiii mentang2 tak start kerjaa lagi..
berblogging jer kerjaa aku erk hehe...

Hari nie nak cter pasal "BOLA VS SHOPPING"
Lelaki ngan "Bola" nie memang tak dapat dipisahkan sama juga perempuan dengan "Shopping"
Aku minat bola ker shopping...??
heheeh sudah garu cendana pulaa sudah tahu bertanya pulaa...
of coz laa shopping..
nama pun "gegurl"
hihihi...
yang paling aku pelik adik lelakiku dan abah aku kalau dekat rumah pastu ada siaran langsung bola..
memang tak laa kalu aku nak tengok cter lain dah..
nak2 kalau bola men time ari sabtu selalu..
start kul 8.30 pm abis kul 11.00pm
dah laa malam tu cter "Cerekarama" kt TV3...
aduisshhh kadang2 rasa nak marah jer RTM niee...
sebab tayang bola time aku nak tengok cter best2 ari minggu..
mau dapat tengok sekerat jer cter..dari kul 11.00pm pai 12.00pm..
sejamm je u alllsss...
x aciiii...!!! ini tidak adil..tidak adil bagiku...
aku...?? nak tengok bolaa ..??
bola nie aku jarang sangat tengok..
kalau tengok pun perlawanan2 penting jee cam
"Piala Malaysia"
"Suzuki Cup"
"Piala Dunia"
cam tu jer laa hahaha
sebab aku bukannya hantu bola...
kadang2 aku pun pelik apalah yang best sangat tengok bola nie...
satu bolaa ramai pulaa yg nak berebutnyaa...
tak ke pelik namanyaa..
padahal bola lain kat lur padang bersepah2 tak nak pulak depaa kutip...kejar..tendang bagai semua..hihihi
kalau pemain bola yang aku minat dan aku kenal pun tak ramai..
kenal pun "David Beckham, Michael Owen, Ronaldinho, Ronaldo" itu pemain bola luar negara, dan disebabkan dia org nie semua famous2 sebab tu aku kenai..hehe
yang dalam negara "Mahali" niee gila kau x kenal dia nie senior aku kot haha kt UPM dulu..
tak cayee..?? meh cnie aku nak tunjuk cikit..(sambil angkat kening)

*Please abaikan kemontelan pipi ku hahaha :P

haaa..kenai x..?
nie laa player skuad Harimau Muda suatu ketika dulu..
selalu tak datang kelas nie oppsss...
kantoi lak..
dia tak datang kelas sebab busy men bolaa..
wakil Malaysiaa niee
 waa...?? 
hahaha wakil lompat tikus jee kihkih...

Okay jom masuk Bab Shopping lak..
Shopping nie best kalau duit masyukkk...
kalau tak masyuk namanya "Cuci Mata" jee..
tempat yang selalu aku shopping...

1. Masjid Jamek 

tempat nie memang tak sah kalau tak singgah..
lepas je duit PTPTN masuk time study dulu..aku and gegurlz geng apa lagi..
shopping jer laa kerjaa...mau x gilee..rabak mataa kot..silap2 terkeluar biji mata sambil jalan smbil shopping...hahaa...pedohhh gilerr...
barang2 of coz laa murah..tapi barang2 xder jenama..student2 cam aku nie dulu dah kira gah kot kalau pergi jalan kat Masjid Jamek nie..confrm kat tangan ada beg plastik dan dipenuhi barang2 seperti tudung, beg tangan, kerongsang, skirt, blouse and cam2 ag laa...

2. Jalan TAR

pernah dengar tak peribahasa nie.."alang2 menyeluk perkasam biar sampai ke pangkat leher"
hahaha rosakk bahasa jer aku niee...
yup2 alang2 Jalan TAR nie dekat jer ngan Masjid Jamek..memang "Salah Besar" aku kalau tak singgah..bukan apaa tempat nie merupakan tempat kegilaaan rakyat Malaysia yang biasa2 cam aku..hehe maklum laa aku nie student jee..
kat cnie aku beli apaa erk..??
biasa beli kain pasang banyak kot kat cniee..
kalau ngan family time raya of cos laa beli baju rayaa kat area cniee..

3. SOGO

pergh....memang ramabang laa kalau datang cini barang2 diaa kelasss kau..!!
beg, minyak wangi, baju2 branded kat cnie la nak beli..
aku datang SOGO sukaa pergi temapt bawah sekali
tempat yang ada promosi tu..
sukaa beli baju t-shirt "Cheetah" then pernah juge laa beli kasut sebab sukaa kasut kat citu 
selesa dipakai..beg tangan? minyak wangi..?? 
ermm belum lagi kot..tunggu duit wa masyukk dulu..
insyallah ada rezeki nanti...ingat nak kumpul duit and tunggu promosi hehe..
ermm terpaksa laa gune duit sendri jer beli..
sapaa laa kita niee BF xdee lak tu nak bagi..sedihhh..!!
huaaaaaaa....huaaaaa...
relax2.. lex sudahh..
janji waa x curi duit orang, rompak bank nk beli beg tangan nie..

Setia Menaip





Monday, January 27, 2014

10:42 PM - No comments

Golden Wrap Chicken Combo (KFC)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hai Kwan2 sekalian..apa kabar anda semuaa..??
Hope u alls semua sihat2 selalu yup...hehe

Hari nie aku nak cter pasal ayam haha...
Mesti korang semua pernah makan KFC kan....??
kerat jari laa sapa yang tak pernah makan KFC nie...haha
KFC nie peminat tegar rakyat Malaysia kot...





Sebenarnya bukan nak cter pasal ayam KFC nie pun kehkeh..juz nak bgtaw u alls..
Masa tengah tengok drama ARIANA ROSE kat tv3..
tup2 iklan lak...adehh...nie laa paling aku tak suka klau tengok TV lama nak tunggu iklan..
tp sabor jerlaa sebab muncul iklan KFC niee...
"GOLDEN WRAP CHICKEN COMBO"
aku dan akk aku jerit laa ehhh "JAY JUSIN" aka "ANAS"
perghhh gilerr arr dh jd model KFC beb...ganass sey..
hahaha baru jer bbm ngan dia ari tuh...
dulu si Anas nie kwn time kt Penor, Kuantan.
That's why laa aku cm tak percayaa jee...
perghhh famousss hang nokkk....



tengok tu model KFC dah hang erk...hehe dulu selalu kayuh basikal men kat tasik penor sama2 hihi..
aden juz tumpang gembiraa laa...
at least ada gak member masuk tv hahaha...


to "ANAS" sorry laa aku curi2 ambik gmbar hang kat fb hehe..juz nak promote KFC nie jerr..
cam best pulak aku tengok ko makan...
jommm...!!!
sekarang kee..?? oh no no..
hari sudah lewat malam mau makan KFC kaa..??
x moooo nanti naik berat badan den...
esok jer laa erk..
tak larinyaa kedai KFC nie hehe..

Setia Menaip







Friday, January 24, 2014

10:21 PM - No comments

Tahun Baru 2014




Selamat Tahun Baru... 2014

Alhmdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dgn limpah dan kurnianya dapat 
kita berjumpa lagi di tahun baru 2014.

So, saya tahu mesti u alls semua ada azam tahun baru pada kali ini kan...
Jadi, apa cter dgn azam tahun baru 2013...??
kesampaian ke tidak...??
huhuhu...
aku punya azam..?? ermmm ahakss..
Azam nak dapat first class degree x kesampaian....huaahuaaa..
nak nagis aser..
tapi apakan daya rezeki tidak menyebelahi aku...
bersyukur dengan apa yang ada..
at least aku dpt grad...hehe
nak xnak terpaksa wa bayor PTPN hukhuk...

dah2 lupe kan yg lepas..
so untuk azam tahun 2014 nie aku nak list kan beberapa azam...
moga2 nti aku dapat tgk dan ingat balik azam nie
supaya aku x tersasar hehe...
jeng...jeng....

1.  Nak dapat kerja sebab on Dec 2013 aku dah resign sebb..??
ermm adalah masalah kewangan dan masalah budaya di citu...and seniority teramat lah tinggi...kalah ziraffah kat zooo....

2. Aku nak bawak mak and abah and adik2 aku pergi melancong..kebetulan dengan tahun 2014 nie adalh tahun melawat "MALAYSIA" hehe..

tapi tempat nk pergi tu aku xde tmpt ag...korang leh suggest x tmpt best2...??
3. Nak kumpul duit pergi haji...at least dengan usaha dan titik peluh nie dapat juga aku simpan duit secara halal untuk aku menunaikan haji nanti..so jum daftar haji...:)

4.Nak kawennn....hehehe galokk teh....haha ermmm calon pun xder lagi...tp minat tu ada lahh kat dak laki tu selalu jugee usha2 diaa..tp nk msg segan nmpk sgt aku yg desprate kt dia...so je tgk gmbr dia jer laa hehehe..kantoi lak...hahaha...huhuhu xpe laa aku tahu jodoh itu rahsia allah insyallah lambat ke cepat aku redha..dan aku selalu bermohon kepadaNYA mudah2an suami aku tu nanti terdiri dari golongan orang yang beriman dan beramal soleh yg dpt membimbing aku dunia dan akhirat...amin..

5. Nak beli kereta..ermm aku nie kalau dah lam x bawak kereta sush ckit nti mula laa gabra semacam jee.. nak parking x reti..mybe azam nie akn dikuburkan dulu sbb memdgkan aku tgk akk aku nk byr duit kereta, minyak, dan road tax dah macam apaa heheh kena save bajet..xper laa janji aku kena simpn duit dulu untuk byr deposit kereta...insyallah kalu rezeki murah aku nak beli kereta...:)

Jadi nie lah diantara azam yang ingin dicapai pada tahun ini..
so aku kena banyak bersabar, berdoa, dan bertawalkal kepda ALLAH S.W.T
kerana semua ini adalah rancangan aku dan dialah yang menentukan segalanya,
sesungguhnya perancangan ALLAH itu sudah pasti.



Setia Menaip