Tuesday, October 25, 2011

8:55 PM - No comments

beRhati-hAti seMasa BerjalaN-jalaN puLang kE kELaS....

Selepas kelas Dr. Azahari, saya dan rakan-rakan keluar dari bilik kuliah menuju ke perhentian bas. Ketika dalam perjalanan menuju ke perhentian bas sebuah kereta saga muncul, kelihatan rakan sekelas saya iaitu Nik Asyraf sedang memandu kereta saga tersebut. Dia menyapa saya dan rakan-rakan. Dia juga menjemput saya dan rakan seramai 7 orang untuk menaiki keretanya ke kolej. Tetapi kami semua tidak menaiki kereta tersebut  dan mengucapkan terima kasih kepada nik asyraf kerana sudi menumpangkan kami. Selepas keretanya berlalu pergi kami semua meneruskan perjalanan untuk ke perhentian bas. Tiba-tiba kami terlihat seekor anjing sedang berkeliaran di kawasan tempat letak kereta. Mastura menjerit supaya jangan ada sesiapa pun yang lari tetapi kawan-kawan saya yang lain lari secara perlahan, selang beberapa minit kami berjalan kaki semakin laju menuju ke perhentian bas. Apabila sudah sampai di perhentian bas kelihatan sebuah bas menunju kearah perhentian tersebut. Kami seterusnya berjalan menuju kearah bas tersebut tetapi malangnya apabila berada berhampiran, bas tersebut terus berlalu pergi begitu sahaja. Kami semua menjerit dan duduk semula di kerusi yang disediakan di perhentian tersebut untuk menunggu bas yang seterusnya tiba.


kita org paling berhati2 apabila ternampak anjing liar nie...sEraM...!!!!

0 comments: